KELEBIHAN TEACHER ASSIST
Cetakan Yang Dapat Dilakukan Oleh Teacher Assist
Untuk melihat semua jenis cetakan yang dapat dibuat oleh Teacher Assist (Menengah), sila pergi ke bahagian Muat Turun untuk muat turun buku contoh cetakan dalam bentuk pdf.
Apakah Teacher Assist (Menengah)?
Teacher Assist Menengah ialah database sekolah untuk memudahkan kerja guru dalam pengurusan melibatkan data pelajar. Setakat ini, Teacher Assist telah dapat melaksanakan perkara-perkara berikut :
1) Pendaftaran Pelajar
2) Pengendalian Peperiksaan
3) Pengendalian Headcount
4) Pengendalian Rumah Sukan
5) Merit / Demerit (Peringkat Sekolah)
Teacher Assist adalah Windows based dan user friendly (mudah digunakan). Ia boleh digunakan secara networking (termasuk wireless networking) dan boleh mengimpot data dari SMM.
Headcount dapat dikendalikan secara bersepadu. Ia melibatkan borang HC1, HC2, HC3, HC4, HC5, HC6, PM2, PM2 Keseluruhan dan PM2 Kelas Terpilih. Hanya HC1 dan HC2 perlu dilengkapkan. Borang-borang headcount yang lain akan dilengkapkan secara automatik. Pada HC1, hanya baris pertama perlu dimasukkan, manakala pada HC2, TOV dapat dimasukkan secara automatik dari sesi lalu atau dari sesi semasa.
Headcount juga diintegrasikan sepenuhnya dengan sistem peperiksaan. Data peperiksaan akan dimasukkan secara automatik ke headcount bagi setiap ujian yang dijalankan. Semua borang headcount dan semua analisis peperiksaan dapat diekspot ke Excel untuk diedit, atau dibuat softcopy untuk dihantar ke PPD.
Analisis peperiksaan adalah amat lengkap dan meliputi nama guru tingkatan serta nama guru mata pelajaran. Antara analisis bagi setiap peperiksaan ialah :
[Analisis Mengikut Tingkatan], [Analisis Mengikut Kelas], [Analisis Mengikut Mata Pelajaran], [Senarai Pelajar Terbaik Keseluruhan], [Senarai Pelajar Terbaik / Paling Lemah Setiap Mata Pelajaran], [Senarai Pelajar Mendapat Straight A, Gagal Satu M/P, Gagal Dua M/P dan sebagainya] dan [Keputusan Kelas]
Dari segi keselamatan data, terdapat pelbagai jenis password disediakan iaitu :
[Password Pengurus], [Password Penyelia Tingkatan], [Password Guru Tingkatan], [Password Guru Mata Pelajaran], [Password Ketua Panitia] dan [Password Cetakan]
Dari segi cetakan pula, semua cetakan dapat dilakukan dengan kertas bersaiz A4. Cetakan boleh dilakukan secara letter quality menggunakan laser / ink jet printer. Disamping itu, cetakan keputusan individu juga boleh dilakukan dengan pantas dan menjimatkan menggunakan dos mode printing pada printer dot matrix.
Keputusan peperiksaan dapat dimuat naik ke internet dengan mudah jika sekolah mempunyai laman web yang ada Windows 2K Hosting
Kelebihan Teacher Assist
1. Teacher Assist adalah Windows based dan user friendly. Pengguna hanya perlu mempunyai kemahiran asas Windows seperti mengklik dan dwiklik sahaja untuk menggunakannya
2. Teacher Assist boleh digunakan secara networking termasuk wireless networking. Ini bermaksud ramai pengguna dapat menggunakannya secara serentak.
3. Teacher Assist dapat mengimpot data dari SMM tanpa perlu menggunakan MS Access. (Walaupun SMM menggunakan MS Access, Teacher Assist dapat mengimpotnya tanpa perlu membuka MS Access). Ini akan memudahkan pengguna yang belum mahir / biasa dengan MS Access.
4. Teacher Assist dapat mengendalikan headcount secara bersepadu, iaitu melibatkan borang HC1, HC2, HC3, HC4, HC5, HC6, PM2, PM2 Keseluruhan dan PM2 Kelas Terpilih. Pengendalian secara bersepadu bermaksud setiap borang headcount dihubungkan / diintegrasikan secara automatik antara satu dengan yang lain dan juga dengan sistem peperiksaan.
5. Untuk keselamatan data, Teacher Assist menyediakan pelbagai password iaitu :
[Password Pengurus]
[Password Penyelia Tingkatan]
[Password Guru Tingkatan]
[Password Guru Mata Pelajaran]
[Password Ketua Panitia]
[Password Cetakan] |
Digunakan oleh Pengurus Sistem untuk membuat setting yang penting serta dapat mengakses semua data
Digunakan oleh penyelia tingkatan untuk membuat setting penting melibatkan tingkatan berkenaan serta dapat mengakses semua data tingkatan berkenaan.
Digunakan oleh guru tingkatan sekiranya kemasukan markah peperiksaan dibuat oleh guru tingkatan
Digunakan oleh setiap guru mata pelajaran sekiranya kemasukan markah peperiksaan dibuat oleh guru mata pelajaran.
Digunakan oleh setiap ketua panita untuk memasukkan TOV dan ETR pada HC2
Diperlukan untuk cetakan keputusan pelajar menggunakan printer laser / ink jet. Ini adalah kerana dakwat laser / ink jet adalah mahal. Jika pihak sekolah ingin membenarkan cetakan keputusan pelajar dibuat dengan printer laser, password berkenaan boleh diberikan kepada guru-guru. Cetakan keputusan pelajar menggunakan printer dot matrix tidak memerlukan sebarang password. |
6. Teacher Assist dapat melakukan semua cetakan menggunakan kertas A4 dan tidak memerlukan kertas besar. Cetakan dapat dilakukan secara letter quality menggunakan printer laser / ink jet. Cetakan juga dapat dilakukan secara pantas dan menjimatkan menggunakan dos mode printing pada printer dot matrix.
Penerangan: Cetakan keputusan pelajar menggunakan printer laser akan melibatkan kos yang tinggi kerana dakwat laser adalah mahal. Dakwat ink jet pula cepat habis dan terpaksa di refill selalu. Disamping itu printer laser / ink jet tidak dapat mencetak salinan kedua atau ketiga. Printer dot matrix adalah amat menjimatkan dan dapat mencetak pada dua atau tiga salinan tetapi cetakan windows based program seperti MS Excel dan sebagainya adalah amat perlahan pada printer dot matrix. Dengan menggunakan dos mode printing, Teacher Assist dapat memastikan cetakan pantas dilakukan pada printer dot matrix.
7. (a) Teacher Assist dapat memaparkan nama guru mata pelajaran bagi setiap mata pelajaran.
Contoh : Guru Bahasa Melayu Tingkatan 1Elit, Guru Matematik Tingkatan 1Elit, Guru Biology Tingkatan PU2SN1 dan sebagainya.
(b) Nama guru tingkatan bagi setiap kelas juga dapat dipaparkan.
(c) Nama guru-guru berkenaan akan dimasukkan secara automatik ke dalam setiap analisis peperiksaan yang berkaitan, setiap cetakan keputusan pelajar dan juga pada headcount, khususnya HC3, HC4 dan PM2.
8 Semua borang headcount dan semua analisis peperiksaan dapat diekspot ke Excel atau Access untuk diedit. Ia juga dapat digunakan sebagai softcopy untuk dihantar ke PPD.
9. Keputusan peperiksaan dapat dimuat naik ke internet dengan mudah jika sekolah mempunyai laman web yang ada Windows Dot Net Framework dan Frontpage Extension. Keputusan juga dapat dilihat dari telefon bimbit yang ada GPRS.
10. Teacher Assist telah diuji kegunaannya di sekolah sejak tahun 2002. Ia melibatkan lebih daripada 2200 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga 6 Atas dan lebih daripada 120 orang guru. Ini bermaksud Teacher Assist adalah stabil dan kebanyakan bug telah dapat diperbaiki. Sehingga kini Teacher Assist telah diuji kegunaannya di 12 buah sekolah dan pengendaliannya berjalan lancar.
11. Database tidak menjadi besar kerana setiap sesi disimpan dalam folder berasingan. Performance Teacher Assist tidak akan terjejas walaupun digunakan untuk berpuluh-puluh tahun berikutnya.
12. Semua maklumat pelajar dapat dipindahkan ke sesi berikutnya dengan mudah : Hanya satu klik sahaja
13. Teacher Assist dapat mengikut nama server yang digunakan di sekolah.
(Perkara ini penting terutamanya bagi sekolah yang menggunakan dedicated server dimana domainnya telah diwujudkan)
KELEBIHAN TEACHER ASSIST DALAM PENDAFTARAN PELAJAR
Teacher Assist boleh melaksanakan perkara-perkara berikut :
1. Menggunakan mykad reader. Ini bermaksud proses pendaftaran pelajar dapat dilaksanakan dengan cepat dan tepat.
2. Mengimpot data dari SMM. Ini bermaksud kemasukkan maklumat pelajar ke Teacher Assist akan menjadi lebih mudah.
3. Mengeksport semua maklumat pelajar ke Excel
4. Memasukkan senarai nama pelajar ke MS Word.
5. Pendaftaran pelajar diselia oleh penyelia tingkatan (Memerlukan Password Penyelia Tingkatan)
6. Tiada kemasukan rekod yang bertindih : Semakan dibuat berdasarkan no. k/p, no. s/b
7. Nombor pendaftaran dan rumah sukan dijanakan secara automatik oleh komputer
8. Pelajar boleh ditukar ke kelas lain dengan hanya satu klik sahaja. Pilihan pelajar boleh dibuat dengan [Ctrl] + klik atau [Shift] + klik
9. Hanya penyelia tingkatan dapat menukar pelajar ke kelas lain (Memerlukan Password Penyelia Tingkatan)
10. Hanya penyelia tingkatan dapat memberhentikan pelajar (Memerlukan Password Penyelia Tingkatan)
11. Nama pelajar serta maklumat-maklumat lain di masukkan secara automatik dalam pengendalian peperiksaan dan headcount.
12. Pelajar yang berhenti akan terkeluar dari senarai nama secara automatik. Walaubagaimanapun, namanya akan kekal pada peperiksaan yang telah didudukinya.
13. Pelajar yang berhenti boleh didaftarkan semula (Memerlukan Password Penyelia Tingkatan)
14. Pelajar boleh dicari mengikut nama, no. k/p dan no. Pendaftaran
15. Bilangan pelajar setiap kelas / tingkatan dapat dipaparkan mengikut kombinasi kaum dan jantina
16. Maklumat pelajar dapat dipinda dengan mudah
17. Semua maklumat pelajar boleh dipindahkan ke sesi baru dengan amat mudah, iaitu dengan satu klik sahaja
KELEBIHAN TEACHER ASSIST DALAM PENGENDALIAN PEPERIKSAAN
Teacher Assist boleh melaksanakan perkara-perkara berikut :
1. Membuat Analisis Peperiksaan Mengikut Mata Pelajaran
(Analisis ini boleh dibuat bagi setiap mata pelajaran dalam sesuatu peperiksaan dan boleh dieksport ke MS Excel secara langsung. Analisis adalah terperinci dan melibatkan bilangan gred A, B dan sebagainya, peratus gred A, B dan sebagainya, gred purata mata pelajaran setiap kelas, nama guru mata pelajaran setiap kelas dan gred purata keseluruhan mata pelajaran berkenaan. Pengredan yang digunakan juga dicetak untuk rujukan. Analisis boleh dibuat berdasarkan kaum : [Melayu], [Cina], [India] dan [Lain-Lain])
2. Membuat Analisis Peperiksaan Mengikut Kelas
(Analisis ini boleh dibuat bagi setiap kelas dalam sesuatu tingkatan. Analisis ini boleh dieksport ke MS Excel secara langsung. Analisis adalah terperinci dan melibatkan bilangan gred A, B dan sebagainya, peratus gred A, B dan sebagainya, gred purata setiap mata pelajaran, nama guru setiap mata pelajaran dan gred purata keseluruhan kelas berkenaan. Pengredan yang digunakan juga dicetak untuk rujukan. Data terperinci dapat dieksport ke text file untuk di akses dari MS Excel atau MS Access bagi mengenal pasti pelajar yang mendapat straight A, gagal satu mata pelajaran, gagal dua mata pelajaran dan sebagainya. Analisis boleh dibuat berdasarkan kaum : [Melayu], [Cina], [India] dan [Lain-Lain])
3. Membuat Analisis Peperiksaan Mengikut Tingkatan
(Analisis ini adalah analisis keseluruhan semua kelas dalam sesuatu tingkatan. Analisis ini boleh dieksport ke MS Excel secara langsung. Analisis adalah terperinci dan melibatkan bilangan gred A, B dan sebagainya, peratus gred A, B dan sebagainya, gred purata setiap mata pelajaran dan gred purata keseluruhan tingkatan berkenaan. Pengredan yang digunakan juga dicetak untuk rujukan. Data terperinci dapat dieksport ke text file untuk di akses dari MS Excel atau MS Access bagi mengenal pasti pelajar yang mendapat straight A, gagal satu mata pelajaran, gagal dua mata pelajaran dan sebagainya. Analisis boleh dibuat berdasarkan kaum : [Melayu], [Cina], [India] dan [Lain-Lain])
4. Membuat Analisis Peperiksaan PMR, SPM dan STPM
(Analisis ini diperolehi apabila keputusan sebenar PMR, SPM atau STPM dimasukkan ke Teacher Assist. Data yang perlu dimasukkan ialah gred yang diperolehi iaitu A, B dan sebagainya. Analisis yang boleh dibuat adalah sama seperti (2) dan (3) di atas.)
5. Bagi Keputusan Pelajar, iaitu keputusan bagi setiap pelajar dalam sesuatu peperiksaan :
(a) Cetakan dapat dibuat secara letter quality menggunakan printer ink jet / laser
(b) Cetakan juga dapat dibuat secara pantas dan menjimatkan menggunakan dos mode printing pada printer dot matrix
(c) Cetakan alamat pelajar boleh dibuat pada keputusan agar keputusan dapat dipos ke rumah pelajar berkenaan
(d) Keputusan adalah terperinci dan melibatkan markah beserta grednya, bilangan gred A, B dan sebagainya, peratus, gred purata, kedudukan dalam kelas, kedudukan dalam tingkatan dan pengredan yang digunakan
(e) Penentuan kedudukan pelajar dalam kelas / tingkatan adalah berdasarkan kombinasi bilangan gred A diikuti gred purata dan diikuti peratus. Bagi subjek bukan peperiksaan seperti PJK, markah akan diambilkira untuk pengiraan peratus sahaja tetapi tidak diambilkira untuk pengiraan gred purata, bilangan gred A dan sebagainya.
(f) Kedudukan dalam tingkatan diberikan bagi semua peperiksaan termasuk ujian bulanan
(g) Pilihan pelajar untuk cetakan keputusan pelajar dapat dibuat berdasarkan standard windows selection, iaitu : [shift] + klik, [ctrl] + klik, [shift] + dan sebagainya
6. Pengredan mudah dimasukkan kerana ia adalah berdasarkan kategori.
(PMR : Tingkatan 1, 2 , 3 ; SPM : Tingkatan 4 , 5 ; STPM : Tingkatan 6R, 6A)
7. Pengredan kategori STPM adalah berdasarkan pengredan format STPM 2003 yang melibatkan pemberat dan nilai gred mata pelajaran
8. Boleh membuat analisis menggunakan pengredan berbeza bagi peperiksaan yang sama. Sebagai contoh, analisis Peperiksaan Percubaan boleh dibuat mengikut pengredan yang ditentukan oleh pihak JPN serta pengredan yang ditentukan oleh pihak sekolah.
9. Kemasukan markah boleh dilakukan oleh guru tingkatan atau guru mata pelajaran
(a) Bagi kemasukan markah oleh guru tingkatan, senarai nama kosong lengkap dengan nama-nama mata pelajaran untuk kelas berkenaan dapat dicetak untuk diisi oleh guru-guru mata pelajaran. Kemasukan ke komputer akan menjadi mudah kerana susunan mata pelajaran berkenaan adalah sama dengan susunan mata pelajaran pada komputer. Disamping itu, cursor akan berpindah secara automatik ke petak berikutnya apabila markah diisi. Setiap guru tingkatan akan mempunyai Password Guru Tingkatan bagi menjamin keselamatan data.
(b) Bagi kemasukan markah oleh guru mata pelajaran, keselamatan data adalah terjamin juga kerana setiap guru mata pelajaran akan mempunyai password masing-masing.
10. Setiap guru mempunyai password tersendiri dan tidak timbul kes markah dibuang atau ditukar oleh guru lain
11. Pilihan mata pelajaran untuk sesuatu peperiksaan adalah mengikut kelas. Pilihan berkenaan hanya perlu dibuat pada peperiksaan pertama sahaja dan akan menjadi default untuk peperiksaan - peperiksaan yang berikutnya.
12. Pilihan mata pelajaran bagi sesuatu kelas hanya boleh dilakukan oleh penyelia tingkatan / Pengurus Sistem (Memerlukan password)
13. Pilihan mata pelajaran bagi sesuatu kelas dapat diubah bagi peperiksaan berbeza. Sebagai contoh, untuk STPM, ujian bulanan biasanya melibatkan satu kertas sahaja manakala bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun akan melibatkan kertas 1 dan kertas 2.
14. Markah yang dimasukkan akan disimpan dan dapat dirujuk kembali dengan mudah
15. Setelah kemasukan peperiksaan ditutup, markah tidak boleh dimasukkan lagi
(Kecuali kes yang amat penting dimana Password Penyelia Tingkatan diperlukan)
16. Kemasukan peperiksaan ditutup berdasarkan tingkatan : Sebagai contoh, bagi Ujian Bulan Februari, tingkatan 1 ditutup berasingan daripada tingkatan 2
17. Kemasukan peperiksaan tidak boleh ditutup walaupun jika hanya terdapat satu petak markah belum diisi
18. Pelajar yang telah berhenti akan kekal dalam peperiksaan yang telah ditutup sebelum beliau berhenti
19. Keputusan peperiksaan dapat dimuat naik ke internet jika sekolah mempunyai laman web yang ada Windows Dot Net Framework dan Frontpage Extension
KELEBIHAN TEACHER ASSIST DALAM PENGENDALIAN HEADCOUNT
Teacher Assist boleh melaksanakan perkara-perkara berikut :
1. Mengendalikan borang HC1, HC2, HC3, HC4, HC5, HC6, PM2, PM2 Keseluruhan dan PM2 Kelas Terpilih secara bersepadu dan diintegrasikan sepenuhnya dengan sistem peperiksaan. Setiap peperiksaan yang telah dijalankan akan dikemaskini secara automatik ke HC3, PM2, PM2 Keseluruhan dan PM2 Kelas Terpilih.
(Tiada fail-fail berselerak. Semuanya dikawal dari satu menu program sahaja. Semua fail dihubungkan antara satu dengan yang lain secara automatik)
2. Hanya HC1 dan HC2 perlu diisi. HC3, HC4, HC5, HC6, PM2, PM2 Keseluruhan dan PM2 Kelas Terpilih akan dijanakan secara automatik.
3. Hanya dua baris perlu diisi pada HC1. Maklumat lain dilengkapkan secara automatik
4. TOV untuk HC2 boleh dibawa naik secara automatik dari sesi lalu jika sistem ini telah digunakan pada sesi lalu
5. TOV untuk HC2 juga boleh diambil secara automatik dari sesi yang sama. Sebagai contoh, Ujian Bulan Februari boleh digunakan sebagai TOV untuk pelajar tingkatan 1.
6. TOV dan ETR yang dimasukkan pada HC2 akan dikemaskinikan secara automatik pada HC1.
7. Keputusan sebenar PMR, SPM dan STPM juga dikemaskinikan ke HC3 dan PM2 apabila dimasukkan ke Teacher Assist.
8. Semua HC1, HC2, HC3, HC4, HC5 dan PM2 dicetak pengredan dibawahnya sebagai rujukan serta tarikh dan masa cetakan dibuat.
9. Paparan HC4 adalah jauh lebih terperinci daripada yang dicadangkan oleh JPN dan memudahkan untuk mengenalpasti pelajar cemerlang setiap kelas.
10. Paparan HC6 juga adalah jauh lebih terperinci daripada yang dicadangkan oleh JPN dan memudahkan untuk mengenalpasti pelajar cemerlang sekolah.
11. HC1,HC3, HC4, HC5, HC6, PM2, PM2 Keseluruhan dan PM2 Kelas Terpilih boleh dimasukkan ke MS Excel untuk di edit atau dijadikan softcopy.
KELEBIHAN TEACHER ASSIST DALAM PENGENDALIAN RUMAH SUKAN
Teacher Assist boleh melaksanakan perkara-perkara berikut :
1. Pelajar diberi rumah sukan secara automatik semasa pendaftaran dan agihan adalah adil berdasarkan lelaki dan perempuan
2. Apabila pelajar berhenti, bilangan ahli rumah sukan akan dikemaskini mengikut bilangan lelaki / perempuan
3. Pelajar boleh diubah ke rumah sukan lain jika perlu dan bilangan ahli rumah sukan akan dikemaskinikan mengikut bilangan lelaki / perempuan
4. Senarai nama pelajar boleh dicetak ikut kombinasi rumah, kelas, tingkatan dan jantina
KELEBIHAN TEACHER ASSIST DALAM MERIT / DEMERIT
Teacher Assist boleh melaksanakan perkara-perkara berikut :
1. Senarai huraian merit demerit yang telah dimasukkan akan dibawa naik ke sesi berikutnya secara automatik
2. Apabila huraian merit demerit telah dimasukkan, ia hanya perlu diklik untuk memilihnya
3. Boleh mencetak semua merit demerit seseorang pelajar dari mula beliau bersekolah hingga tamat persekolahan. Merit demerit berkenaan disenaraikan mengikut tarikh dilakukan
4. Boleh mencetak merit demerit bagi setiap kelas
5. Boleh mencetak pelajar yang mempunyai markah merit demerit tertentu
6. Merit demerit yang tersalah masuk boleh dibuang semula
7. Markah merit membolehkan pelajar yang banyak kesalahan diberi peluang mengurangkan markah demeritnya
Kembali ke atas
|